Sunday 17 December 2017

PUSAT PERANGINAN MEE WOO RESORT KENINGAU


Terletak di Jalan Ken Hwa, merupakan salah satu tempat menarik di Keningau dan juga merupakan pusat satu-satunya pusat peranginan yang mulai mendapat tempat di daerah Keningau, Sabah. Walaupun baru beroperasi sejak tahun yang lalu, tempat ini semakin mulai dikenali oleh penduduk setempat dan juga masyarakat Sabah. Pelbagai kemudahan serta daya tarikan seperti restoran, penginapan atau hotel, kolam renang, spa dan juga pemandangan yang indah serta menarik yang menjadikan lokasi peranginan ini menjadi terkenal dalam waktu yang singkat dan menjadi tumpuan orang ramai sama ada untuk bercuti, makan malam atau beriadah.

Kolam Renang Kanak-Kanak

Kolam renang kanak-kanak menjadi daya tarikan utama disebabkan keadaannya yang selamat, cetek (separas lutut) serta mempunyai  gelongsor ditengah-tengah kolam cetek. Kehadiran gelonsor ini sudah pasti membuatkan anak anda leka bermain dan sukar untuk meninggalkan kolam.

Kolam renang kanak-kanak menjadi daya tarikan utama disebabkan keadaannya yang selamat, cetek (separas lutut) serta mempunyai  gelongsor ditengah-tengah kolam cetek. Kehadiran gelonsor ini sudah pasti membuatkan anak anda leka bermain dan sukar untuk meninggalkan kolam.



Kolam Renang Dewasa

Pusat peranginan ini juga menyediakan permainan gelongsor air ala-ala Legoland Water Park khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Sudah tentu permainan gelongsor air merupakan daya tarikan utama bagi pengunjung yang datang.





Makanan dan Minuman

Sambil bersantai, bergembira dengan keluarga dan menikmati pemandangan sekeliling, anda juga boleh memesan makanan di restoran berdekatan. Pelbagai sajian boleh dipesan dengan harga yang berpatutan. Tidak dapat dipastikan pula sama ada anda boleh membawa makanan dari rumah ataupun tidak.





Makanan kelihatan enak bukan ?

Rehatkan Badan Anda Dengan SPA

Badan terasa lenguh setelah sehari suntuk beriadah ? Mungkin anda boleh merehatkan minda dan badan anda di tempat ini. Pelbagai perkhidmatan dibuka di SPA ini termasuklah reflexologi, urut badan, rawatan muka dan sebagainya.




Penginapan

Anda berasa penat setelah sehari suntuk bersukaria bersama keluarga ? atau masih belum puas untuk bersantai di tempat ini ? bagaimana jika anda menginap di tempat ini ? Pusat Peranginan Mee Woo juga menyediakan tempat tinggal atau hotel khas untuk pelawat yang datang. Walaubagaimanapun pelawat haruslah menempah dengan lebih awal kerana mungkin anda penginapan menjadi penuh jika anda lewat membuat tempahan. Ada lebih baik jika anda membuat perancangan awal terutamanya dalam aspek bajet.

Pemandangan Waktu Siang

Sambil mandi-manda, mengambil gambar dan juga bersiar-siar dalam masa yang sama nikmatilah pemandangan menarik pada waktu siang.






Saturday 9 December 2017

SEJARAH DAN ASAL USUL KENINGAU



Keningau merupakan bandar kelima terbesar di Sabah selepas Tawau dan Lahad Datu dan merupakan sebuah kawasan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang telah berkembang maju menjadi bandar.

Menurut cerita orang dulu-dulu, Keningau merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pohon kayu Manis atau lebih dikenali sebagai “Pokok Keningau”.

Dalam bahasa suku kaum Murut mereka menyebutnya sebagai “Kayu Keningau” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak. 

Kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka, yang secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting ketika itu.

Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil Keningau sehingga wujud sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Kayu Manis mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah Keningau menjadi terkenal dengan produk tempatan.

Daerah Keningau mendapat gelaran “Kampung Keningau” daripada saudagar-saudagar yang datang ke daerah ini.

Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.

Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, sekitar tahun 1860an. 

Pada masa itu, Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus terbesar di wilayah Brunei.
Mungkin tidak salah kalau dikatakan bahawa daerah Keningau adalah antara kewasan paling sejuk di Sabah selepas Kundasang.

Pada tahun 1980an dan sebelumnya, penulis masih teringat apabila bangun setiap pagi, suasana dingin begitu terasa sehingga menggigit ke tulang sum-sum. Sangat sejuk sehinggakan minyak masak di dalam botol plastik turut membeku.

Pada ketika itu hutan Keningau belum lagi habis digondolkan oleh kapitalis-kapitalis yang mengaut keuntungan lumayan atas nama pembangunan.

Begitu juga beberapa ketika lalu, ketika negara dilanda angin sejuk Siberia, daerah Keningau antara kawasan paling sejuk di Malaysia dengan suhu cuaca di bawah 18 darjah selsius.

Tapi awas, pada waktu siang, sememangnya Keningau sangat panas.